Your Incentive Travel Specialist

+603-89280457

Pengenalan

KLIA Travel (KPH Travel Sdn Bhd) adalah sebuah agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan yang komprehensif, terutamanya dalam lawatan insentif, ‘retreat’ korporat, dan perkhidmatan MICE. Ditubuhkan pada tahun 2010, KLIA Travel adalah subsidiari di bawah KLIA Premier Holdings.

KLIA Travel mendapat akreditasi daripada International Air Transport Association (IATA), dan merupakan ahli Malaysia Associated Tours and Travel Agents (MATTA). Kami juga telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPL 6415).

Kami sangat komited dalam menawarkan anda perkhidmatan pelancongan dan penjagaan pelanggan yang cekap dan cemerlang. Pejabat kami terletak di Bandar Baru Bangi, dan dilengkapi dengan Sistem Tempahan Galileo daripada Travelport untuk memenuhi keperluan tempahan anda, samada tiket penerbangan, tempahan hotel, atau sewa kenderaan.