Your Incentive Travel Specialist

+603-89280457

Bulan Madu di Seychelles dan Afrika Selatan

pandya_south_africa

Pengalaman bulan madu kami di Seychelles dan Afrika Selatan amat menakjubkan! Sekarang kami sudah ke alam realiti semula. Semuanya telah dirancang dengan baik dan kami sangat berpuas hati.

Seychelles adalah permata yang tersembunyi. Ia adalah sebuah tempat yang sangat menakjubkan. Bilik kami di Raffles mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Kami pergi ke La Digue dan jalan-jalan naik basikal, dan kemudian berhenti di pantai. Kami lihat 5 warna air laut di depan mata kami. Apa lagi terus kami terjun ke dalam laut. Pantainya sangat lembut dan putih, dan kami tak pernah alami pengalaman sedemikian rupa. Kemudian kami makan malam istimewa di tepi pantai di Raffles. Sangat menarik. Perkhidmatan di resort sangat baik dan orang-orang di situ sangat peramah.

Savanna Lodge adalah tempat kegemaran kami. Kami sangat takjub dengan makanan dan perkhidmatan di situ. Kami bertuah kerana Ranger kami pada masa itu adalah Paddy Hagelthorn, yang juga adalah pengurus di Savanna. Kami ternampak “Big 5” sewaktu kami memandu di sana. Kami sangat rapat dengan binatang-binatang di sana. Kami nampak anjing liar, yang sangat jarang untuk dijumpai di sana, dan juga kami lihat anak singa dan harimau bintang. Sangat hebat pengalaman boleh melihat binatang-binatang itu dengan jarak yang sangat dekat.

Di dalam kenderaan kami, terdapat pasangan dari San Francisco yang sedang melawat Savanna buat kali yang kedua. Mereka telah pun sebelum ni pergi ke Sabi Sands dan juga ke Kenya, Botswana dan Tanzania. Dalam banyak-banyak tempat tersebut, Savanna adalah yang paling mereka suka. Di Savanna Lodge, kita dapat melihat pelajar-pelajar sekolah datang menyanyi dan menari bersama kami pada satu malam, dan pada malam lain kami menikmati makan bersama-sama di dalam sebuah kereta rel yang agak usang. Makanan sangat segar dan sedap. Setiap kali saya selesai minum, pasti gelas saya akan diisi semula. Kami sangat sedih sewaktu meninggalkan Savanna.

Cape Town merupakan destinasi terakhir kami sebelum pulang ke tanah air. Ia mengingatkan saya kepada San Francisco sedikit sebanyak disebabkan oleh tanah dan bukit bukau. Kami pergi ke Gunung Table dan kami lihat Cape of Good Hope pada hari pertama kami di sana. Pada hari kedua, kami melawat Stellenbosch, Franschhoek, dan Paarl dalam lawatan sehari. Kami kemudian pegi ke Penjara Nelson Mandela di mana dia dibebaskan. Pemandu kereta kami, Brian, membawa kami berjalan-jalan di sekitar Cape Town. Kami mendapat sambutan baik daripada orang sekeliling.

Terima kasih atas perkhidmatan lawatan yang sangat baik dan menakjubkan, terutamanya dalam perancangan bulan madu kami.

Yang Benar,

Pelancong

About the Author

Leave a Reply

*